Doa ini adalah sempena majlis yang diadakan di SAMAWAT pada tahun 2019. Moga SAMAWAT terus sukses dalam setiap aspek kelak... moga bermanfaat.... DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Hari Apresiasi KOKURIKULUM dan HEM ( NAMA SEKOLAH DAN TAHUN) . Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini. Ya Allah Disaat ini juga kami rafa’kan tangan keham
Segala puji bagi ALLAH Subhanahu Wata'ala, tuhan pentadbir dan pemilik bagi sekalian alam, selawat dan salam keatas junjung besar kita Nabi Muhammad SAW, serta kepada penerus dan pendakwah bagi agama ALLAH yang tinggi lagi suci ini. Sebelum pergi lebih jauh, eloklah kita berkenalan atau berta'aruf dahulu dengan pemilik karya karangan Fiq Sirah ini, iaitu Allahyarham Syeikh al - Allamah Muhammad Said Ramadhan Al - Buti ( semoga ALLAH merahmati beliau ) , dilahirkan dalam negara Islam yang sedang memuncak naik hari ini Turki, dalam daerah Buthan di bahagian utara antara Turki dan Iraq pada 1929. Beliau berketurunan Arab Kurdil, berada di bawah tekanan Arab di sekeliling dan daulah Turki sendiri, ayahnya Syeikh Mula Ramadhan membawa keluarga tercinta berpindah ke Damsyiq ketika itu Syeikh Muhammad Said Ramadhan al - Buti masih lagi kecil. Bapak borek anak rintik, perumpamaan bagi Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti yang mengikut jejak langkah ayahny
Comments
Post a Comment