Muhammad Said Ramadhan Al - Buti
Segala puji bagi ALLAH Subhanahu Wata'ala, tuhan pentadbir dan pemilik bagi sekalian alam, selawat dan salam keatas junjung besar kita Nabi Muhammad SAW, serta kepada penerus dan pendakwah bagi agama ALLAH yang tinggi lagi suci ini.
Sebelum pergi lebih jauh, eloklah kita berkenalan atau berta'aruf dahulu dengan pemilik karya karangan Fiq Sirah ini, iaitu Allahyarham Syeikh al - Allamah Muhammad Said Ramadhan Al - Buti ( semoga ALLAH merahmati beliau ) , dilahirkan dalam negara Islam yang sedang memuncak naik hari ini Turki, dalam daerah Buthan di bahagian utara antara Turki dan Iraq pada 1929. Beliau berketurunan Arab Kurdil, berada di bawah tekanan Arab di sekeliling dan daulah Turki sendiri, ayahnya Syeikh Mula Ramadhan membawa keluarga tercinta berpindah ke Damsyiq ketika itu Syeikh Muhammad Said Ramadhan al - Buti masih lagi kecil.
Bapak borek anak rintik, perumpamaan bagi Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti yang mengikut jejak langkah ayahnya, ayahnya adalah seorang ulama yang masyhur di kota Damsyiq, mempunyai ratusan murid, selain sibuk dalam mendidik masyarakat dan anak - anak, ayahnya sibuk dalam kerja - kerja dakwah islamiah, menjadi pengaruh besar dalam kehidupan Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti bagi mengikut corak langkah ayahnya, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti yang sangat terkenal dengan sifat tawadduk atau merendah diri adalah cermin kepada sifat ayahnya Syeikh Muka Ramadhan.
Seterusnya, saya cuba mengupas mengenai pedidikan Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti, mendapat pendidikan menengah di Istitut At - Tawjih Al - Islami di Damsyiq setelah pedidikan awal di bawah didikan ayahnya sendiri, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al Azhar di Mesir pada tahun 1953, dan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang syariah (jika hari ini) dalam tempoh yang singkat iaitu dalam masa hanya dua tahun (mustahil bagi anak melayu) manakan tidak, pendidikan awal beliau adalah secara langsung daripada ulama besar Damsyiq yang juga ayahnya sendiri. Seterusnya mengambil pula bidang bahasa arab dan kesasteraan di universiti yang sama, Universiti Al - Azhar, juga dalam waktu yang singkat.
Setelah tamat pelajarannya, beliau Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti kembali ke Damsyiq dan diminta untuk berkhidmat di Fakulti Syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1960, sehingga dinaikkan pangkat kepada dekan pada tahun yang sama di fakulti tersebut. Beliau Syeikh Al - Allamah Muhammad Said Ramadhan Al - Buti menjadi pilihan pimpinan universitinya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam program kedoktoran bidang usul syariah di universiti Al - Azhar sehingga berjaya mendapatkan gelaran doktor dalam bidang tersebut.
Kehilangan beliau adalah suatu kerugian yang besar kepada ummat islam sendiri, perginya beliau Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti ketika sedang memberi taqlim di Masjid Al Iman di Kota Damsyiq, Syria, pada Khamis 21 Mac 2013 selepas maghrib, walaupun mempunyai banyak kata - kata mengenai konspirasi pemergiannya yang mana salah satunya adalah kerana keakraban beliau Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti dengan pimpinan negara Syria ketika itu, sehingga lah hari ini Syria masih lagi bermandi darah disebabkan rakyatnya sendiri.
Selepas ini, insyaALLAH saya akan mengupas kitab Fiq Sirah karya beliau Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al - Buti (semoga ALLAH merahmati beliau).

Comments
Post a Comment