DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM
Doa ini adalah sempena majlis yang diadakan di SAMAWAT pada tahun 2019. Moga SAMAWAT terus sukses dalam setiap aspek kelak... moga bermanfaat....
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN KOKU & HEM
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami
memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam Majlis Hari Apresiasi KOKURIKULUM dan HEM (NAMA
SEKOLAH DAN TAHUN).
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon
kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu,
semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.
Ya Allah
Disaat ini juga
kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang Kokurikulum
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada
kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid
Jadikanlah
pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan
tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya
Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat
dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama
sekolah ini.
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ
اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ
رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ
Comments
Post a Comment