MENUNTUT ILMU ITU JIHAD
BISMILLAH, dengan nama ALLAH swt ku memulakan kalam, maha suci ALLAH Tuhan sekalian alam, pemilik makhluk - makhluk nyata mahupun tidak, Tuhan yang maha mengetahui dan maha melihat.
Firman ALLAH swt dalam kitabnya :
Firman ALLAH swt dalam kitabnya :
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Disini ALLAH ingin menceritakan berkenaan kisah sejarah Islam yang besar bagi ummat dan sejarah Islam, dengan serangan kaum Abrahah yang menyerang Kaabah dan peristiwa maulud annabi Muhammad saw. Tetapi apakah sekadar melihat cerita atau kisah yang lalu? atau untuk mengambil pengajaran ikhtibar dari kisah besar tersebut. Ya,sungguh hebat susunan kalam Tuhan, ALLAH, meletak ألم تر bagi surah al-fil. Dan banyak lagi petikan " alam tara" dalam kalam ALLAH. Apa yang ingin dibawa oleh agama kita Islam, adalah untuk mengambil ikhtibar pengajaran dari sesuatu kisah tersebut. Berkaitan semua perkara yang telah dinukilkan dalam Al-Quran,menjadi pengajaran hidup manusia. " alam tara " juga lah cara Al-Quran mengajak pembacanya untuk menganalisa apa kesan apa isi dari cerita tersebut. Itulah yang membezakan kita orang yang berilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.
Orang yang berilmu sememangnya berbeza darjatnya daripada orang yang tidak mempunyai ilmu. Sebagaimana orang awam menilai Hadith atau Tafsir berbeza dengan ahlinya alim ulama'. Seorang doktor melihat orang demam selsema berbeza dengan seorang guru melihat anak muridnya demam selsema, dengan detailnya berdasarkan suhu,pucat,fizikal dari pandangan seorang doktor. Seorang makcik kampung melihat air,adalah air, tetapi seorang pelajar melihat air adalah h2O, sumber tenaga. Tersebut adalah contoh berbezanya bagi orang yang berilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.
Perjuangan untuk memahami adalah dianggap sebagai jihad. Para fuqaha' memasukkan orang yang menuntut ilmu adalah sedang berada dalam jihad. Orang yang mengikut tanpa ilmu yang digelar pengtaklid adalah dihukum sesat, kerana mengikut tanpa sebab,tanpa adanya ilmu yang menyatakan kita harus berbuat sesuatu perkara,atau hukum yang berkaitan. Oleh itu, pengtaklid adalah dikira sesat. Sebagai mana yang dinyatakan didalam Al - Quran firmannya, surah at-taubah ayat 36 :
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Setiap apa yang diikut dan diamalkan akan dipertanggungjawabkan oleh diri kita sendiri pada hari muka kelak. Oleh itu, mengikuti tanpa ilmu pengetahuan adalah dilarang oleh agama. Adapun jika seorang penyampai atau seorang ustaz ustazah menyatakan untuk kita mengamalkan sesuatu amalan tanpa sebab, "buat macam ni anda akan bahagia dan jangan tanya sebab kenapa kena buat macam ni" itu suatu ungkapan yang sesat bagi orang yang bertopengkan agama. Setiap apa yang kita lalukan akan disoal. Pertanyaan adalam haq dan tangungjawab dalam beragama, dan orang yang bertanya ada mempunyai cirinya, iaitu ilmu.
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
tanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui
Orang yang tahu atau berilmu akan tahu dan berbeza dengan orang yang tidak mempunyai ilmu. Berdasarkan sebab, mengapa,bagaimana bukan sahaja sekadar menjawab "rasanya" atau ungkapan "saya kira" bagi orang yang tidak berilmu. Sebab itulah untuk menjadi orang ilmu Islam menyuruh ummatnya keluar menuntut atau mengembara. Sebagaimana dalam satu bab dalam pengajian hadith, iaitu " ar rehlatu fi tolabi hadith " kembara menuntut hadith. Seperti apa yang dilakukan oleh orang tua kita,ibuba menghantar anak - anak menuntut ilmu bermula dari umur 4 5 tahun lagi, terus pula ke sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah. Oleh itu, tuntut lah ilmu wahai tolabal ilma sekalian. Biar kalian mempunyai aset yang berbeza dari orang yang lain, faham dan membawa ilmu yang benar dari Nabi kita Muhammad saw.
(gambar pelajar SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH sedang mengikuti MULHAQ (mulakan harimu dengan al - Quran) pada setiap hari persekolahan Jumaat)
Comments
Post a Comment