Perkara - Perkara Yang Diadakan - Adakan Dalam Bulan Rejab
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيدة , يا ربَنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك , والصلاة والسلام على سيَدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين , وأسأل الله أن يهدينا سواء صراطه المستقيم
Bulan Rejab adalah bulan Qamariah atau bulan Islam yang ketujuh daripada dua belas kesemuanya. Bulan ini juga adalah salah satu daripada empat bulan haram iaitu bulan yang mempunyai keistimewaan dalam agama kita Islam. Empat bulan - bulan haram adalah Zul Qaedah, Zul HIjjah, Muharram dan Rejab. Seperti mana firman ALLAH yang berbunyi :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. ( at - Taubah, 36 )
Firman ALLAH lagi :
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعائِرَ اللَّهِ وَ لاَ الشَّهْرَ الْحَرامَ
Maksudnya : Wahai orang - orang yang beriman, jangan lah kamu melanggaar syiar - syiar ALLAH dan jangan melanggar kehormatan bula - bulan haram.... ( al - ma'idah, 2 )
Larangan ALLAH agar masyarakat arab ketika itu untuk tidak melanggar kehormatan bulan - bulan haram adalah kerana mereka suka berperang, dan apabila perkara ini berlaku dalam bulan- bulan haram, maka mereka masyarakat arab akan mengundur ke belakang atau mempercepatkan kedepan satu bulan bagi mengelak daripada bulan - bulan haram ini. Seperti fiman ALLAH dalam kitabnya al - Qur'an :
إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ ۖ يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُحِلُّونَهُ عَامًا وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا لِيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ ۚ زُيِّنَ لَهُمْ سُوءُ أَعْمَالِهِمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya, maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. ( at - Taubah, 37 )
*** النَََسئ : Peraturan Nasi' bermaksud perbuatan mengundurkan atau pempercepat satu bulan ke bulan yang lain.
Seterusnya, ibadah dalam bulan Rejab. Tiada ibadah yang dikhususkan dalam bulan ini, kerana tiada satu pun riwayat dari Nabi Muhammad SAW yang mengkhususkan ibadah untuk diamalkan dalam bulan Rejab. Seperti kata al - Imam ibn Hajar al - Asqalani :
لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه ، ولا في صيام شيء منه
معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه.. حديث صحيح يصلح
للحجة،وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي
الحافظ، رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه عن غيره
Maksudnya : Tidak terdapat bukti tentang kelebihan khusus dalam bulan Rejab, tiada juga puasa yang tertentu di dalam nya, tiada juga qiamulail tertentu yang khusus di malamnya.. tiada satu pun hadith sahih yang boleh dijadikan hujjah baginya, dan telah mendahuluiku tentang masalah ini ( pendapat yang sama ) ialah Imam Abu Ismail al - Harawi al - Hafizd, kami meriwayatkannya dengan sanad yang sahih, begitu juga riwayat - riwayat tentang masalah - masalah yang lain.
Perkara - perkara yang diadakan - adakan dalam bulan Rejab :
1. Doa khusus apabila memasuki bulan Rejab. Telah dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah berdoa apabila memasuki bulan Rejab :
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Maksudnya: “Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Hadith ini dihukum da'if ( lemah ) oleh ibn Rejab dan ibn Hajar kerana terdapat dalam periwayatannya dari Zaidah bin abi al - Ruqad.
Adapun jika ingin mengamalkan doa ini adalah tidak dilarang jika ia tidak disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Puasa khusus bulan Rejab. Sebahagian besar daripada masyarakat kita di Malaysia mengamalalkan puasa khusus pada 1 Rejab, yang berpendapat ia aadalah sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi yang sahihnya ia adalah sebaliknya :
صم من الحرم واترك
Maksudnya : Puasalah beberapa hari di dalam bulan - bulan haram dan tinggalkan ( tidak berpuasa pada hari lain atau selang seli )
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya. Namun al-Albani menilai hadith ini sebagai lemah di dalam DhaifAbi Daud. Andaikan hadith ini sahih sekalipun, ia bukanlah satu galakan mengkhususkan puasa di hari - hari tertentu dalam bulan Rejab. Tetapi ia hanya galakan secara umum berpuasa dalam semua bulan-bulan haram.
Syeikh al - Islam Ibn Taimiyyah berkata:
أما صوم رجب بخصوصه فأحاديثه كلها ضعيفة ، بل موضوعة ، لا يعتمد أهل العلم على شيء منها ، وليست من الضعيف الذي يروى في الفضائل ، بل عامتها من الموضوعات المكذوبات
Maksudnya: Adapun puasa Rejab dengan khusus, maka semua hadith - hadith tentangnya adalah lemah, bahkan palsu. Ahli ilmu tidak berpegang dengan satupun darinya. Bukan sekadar lemah hadith - hadith yang diriwayatkan tentang kelebihan - kelebihannya, bahkan kebanyakannya adalah palsu dan dusta
Ada hadith yang menyebut :
إن في رجب نهراً يقال له رجب ماؤه أشد بياضاً من الثلج وأحلى من العسل من صام يوماً من رجب
شرب منه.
Maksudnya: Sesungguhnya dalam bulan Rejab ( di syurga ) ada satu sungai yang dinamakan sebagai Rejab. Airnya lebih putih berbanding salji dan lebih manis berbanding madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab, maka dia akan dapat minum dari sungai tersebut.
Hadith ini adalah hadith maudu' ( palsu ). Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Wahiyaat 912. Kata al-Zahabiy: “Batil.” (al-Mizan 6/524)
Hadith lain :
رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات فمن صام يوما من رجب فكأنما صام سنة ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه سبعة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية أيام فتح له ثمانية أبواب الجنة ومن صام منه عشر أيام لم يسأل الله إلا أعطاه ومن صام منه خمسة عشر يوما نادى مناد في السماء قد غفر لك ما مضى فاستأنف العمل ومن زاد زاده الله
Maksudnya : Rejab adalah bulan yang agung, ALLAH melipat gandakan kebaikan di dalamnya. Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka seolah - olah dia berpuasa setahun, siapa yang berpuasa sebanyak 7 hari, akan ditutup darinya 7 pintu neraka. Siapa yang berpuasa 8 hari, akan dibuka untuknya 8 pintu syurga. Siapa yang berpuasa 10 hari, dia tidak meminta kepada ALLAH melainkan akan diberi kepadanya apa yang dia minta. Siapa yang berpuasa 15 hari dalam bulan Rejab, akan berseru penyeru dari langit dengan berkata : Telah diampunkan untuk kamu apa yang telah berlaku, maka perbaharukanlah amalan, sesiapa yang menambahkan amalan, ALLAH akan menambahkan pahala kepadanya.
Hadith riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu’ab 3801. Al-Tabaraniy di dalam al-Kabir 5538.
*Hadis ini dinilai sebagai hadis yang maudu' oleh al - Hafidz Ibn Hajar . Lihat Mawahib al-Jalil 2/408.
Al-Haithamiy pula berkata: “Di dalam sanadnya ada periwayat bernama ‘Abd al-Ghafur – iaitulah Ibn Sa’ied – dia seorang Matruk.
3. Umrah khusus dalam bulan Rejab
4. Bukti tidak sahih tentang isra' dan mikraj pada 27 Rejab
5. Solat al - Gharaib
6. Beranggapan bulan Rejab bulan mengeluarkan zakat
7. Sembelihan al - Atirah
*****saya cuba huraikan nombor - nombor yang di atas dalam sambungan yang seterusnya.....
Comments
Post a Comment