Hukum Seorang Wanita Menziarahi Kawasan Perkuburan Berdasarkan Mazhab Assyafie

                                   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيدة , يا ربَنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك , والصلاة والسلام على سيَدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين , وأسأل الله أن يهدينا سواء صراطه المستقيم 

Segala puji bagi ALLAH  subhanahu wa'taala penguasa pemilik sekalian alam, yang menganugerahkan segala nikmat yang tidak terkira ini, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam dan keatas ahli keluarganya serta juga keatas sahabat - sahabat baginda sekalian. Kerana mereka lah, sampai nikmat aqidah islam dan iman ini kepada kita.

     Masalah di kalangan kita sering dibangkitkan adalah apakah hukum bagi seorang perempuan itu menziarahi kubur. Adakah haram atau pun sebaliknya bagi seorang perempuan menziarahi kubur walaupun yang kematian seorang suami atau ibu atau juga seorang bapa bagi seorang perempuan. Ini dibangkitkan oleh salah seorang ahli qariah masjid saya ketika kuliah sedang dijalankan. Maka dengan itu, saya fikir masalah ini juga menjadi masalah yang melazimi masyarakat kita. Dengan itu, saya cuba menghuraikan apakah hukum bagi seorang perempuan menziarahi kawasan perkuburan.

       Pendapat dari mazhab Asyafie, yang disokong juga oleh Imam An - Nawawi berdasarkan kitab karangan beliau al - Majmuk adalah harus bagi seorang perempuan atau wanita menziarahi kubur ketika proses pengebumian dijalankan dengan syarat :
1) tiada mukholatoh - mukholatoh adalah mencampuran antara lelaki dengan wanita
* atau dengan bahasa mudahnya, dilarang menghadiri atau ada di kawasan perkuburan ketika proses pengebumian dilakukan.
2)  menutup aurat
3)  tidak mengangkat suara
4) tidak melakukan perkara - perkara khurafat
5) tidak digalakkan untuk lama - lamaan di kawasan tersebut

       Maka ziarahlah kubur dengan mengikut syarat - syarat yang telah digariskan oleh mazhab assyafie. Lihat lah hadith - hadith ini sebagai rujukan.

1) “(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.” (Hadith riwayat an-Nasa’ie)

2)  Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.” (Hadith riwayat Muslim)









Comments

Popular posts from this blog

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM

Muhammad Said Ramadhan Al - Buti