الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيدة , يا ربَنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك , والصلاة والسلام على سيَدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين , وأسأل الله أن يهدينا سواء صراطه المستقيم 

         Segala puji bagi ALLAH, tiada tuhan selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu adalah rasul pesuruh bagi ALLAH, syukur keatas segala nikmatnya yang diberikan kepada kita hambanya, ALHAMDULILLAH. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi SAW yang telah berjuang bagi meluaskan dakwah sehingga kita tersentuh dengan kemuliaan aqidah ini, dan kepada pejuang penerus amanah ini sehingga sampai nikmatnya pada saat ini.

          Tujuan di atas pembinaan blog ini adalah sebagai perkongsian dan rujukan kepada diri sendiri khususnya dan amnya kepada pengunjung sekalian dalam pelbagai ilmu agama di dunia sebagai bekalan kita untuk tempuhi kehidupan kedua kita kelak nanti.

           InyaALLAH sebarang perkongsian ataupun sebarang tatapan nanti akan memberi impak kepada kita dalam menempuhi hidup ini, selain memaparkan perkongsian yang mempunyai sandaran yang kukuh sebagai contoh hadith riwayat daripada siapa dan status hadith tersebut itu sendiri.
     
            Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung kerana meluangkan masa untuk mengamati perkongsian ini, moga – moga setiap amalan kita menjadi aset dan saham bagi kehidupan kita di akhirat nanti.

Comments

Popular posts from this blog

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM

Muhammad Said Ramadhan Al - Buti