Pengertian Bagi Jenis - Jenis Hadith
الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيدة , يا ربَنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك , والصلاة والسلام على سيَدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين , وأسأل الله أن يهدينا سواء صراطه المستقيم
Segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para pejuang penurus wasilah ini, yang mana kita dapat nikmati nikmat hidup dalam aqidan dan iman Islam ini.
- Pengertian Sunnah
Sunnah adalah perkara yang disandarkan kepada Nabi kita Muhammad SAW dari segi tutur katanya (perkataan), perbuatan, ketetapan atau sifat Baginda Rasulullah SAW itu sendiri. Selain sunnah itu sendiri juga bermaksud apabila dilakukan akan dikurniakan ganjaran pahala dari ALLAH subhanahu wa taa'la dan apabila ditinggalkan atau tidak mengamalkannya tidak mengakibatkan dosa kepada Allah tuhan sekalian makhluk.
Oleh itu, dianjurkan kepada kita ummat Nabi Muhammad SAW untuk berusaha atau berlumba - lumba dalam mencari sunnah Rasulullah SAW, atau saya ibaratkan sebagai pencarian ganjaran pahala ' extra ' bekalan kita untuk menempuhi kehidupan kita disana nanti. Seperti mana firman Allah dalam kalamnya :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah ( Muhammad ): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ali 'Imran ayat 31.
- Pengertian Jenis Hadith
Suatu hadith yang diambil daripada perawi - perawi ( penghafal hadith ) yang benar - benar shadid ( tegas ), adil, kuat hafalan, mempunyai rangkaian sambungan sanadnya, tiada al - 'ilal ( kecacatan ), dan tiada sifat syaz ( ragu-ragu ). - syarat hadith - hadith bagi Sahih Al - Bukhari dan Sahih Muslim.
Hadith Hasan :
Suatu hadith yang mempunyai syarat yang sama dengan hadith di atas iaitu hadith sahih, tetapi perawinya ( penghafal hadith ) sedikit lemah dalam ingatan.
Hadith Daif :
Daif membawa bermaksud lemah. Hadith daif ialah hadith yang lemah yang tidak memenuhi atau berlawanan dengan sifat - sifat bagi hadith sahih dan hasan.
Hadith Daif Jiddan :
Bermaksud hadith terlalu lemah. Hadith daif jiddan ialah hadith yang mempunyai persamaan dengan ciri - ciri hadith daif ( hadith lemah ) tetapi ia menghampiri kepada kepalsuan ( hadith palsu ). Hadith seperti ini tidak boleh di amalkan atau dijadikan hujjah.
Hadith Maudu' :
Hadith maudu' adalah bermaksud hadith palsu. Hadith ini disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan ia adalah sebaliknya iaitu bukan dari sunnah rasullullah, atau pembohongan atau ciptaan yang menggunakan sandaran kepada Nabi Muhammad SAW.
Moga - moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita. Berhati - hati lah dalam memilih rujukan, adakah ia rujukan yang betul dan kuat atau biasa atau yang lemah atau juga ciptaan yang hanya menggunakan nama Nabi kita Muhammad SAW. Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang membohong dan berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW.
Comments
Post a Comment