FIQH SIRAH - Adduktur Muhammad Said Ramadhan al - Buti

RINGKASAN PENDAHULUAN KITAB FIQH SIRAH - ADDUKTUR MUHAMMAD SAID RAMADHAN AL - BUTI  :
  • Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam
      Tujuan utama bagi mempelajari riwayat hidup Nabi Muhammad SAW bagi seorang muslim ialah supaya dapat memahami, dan menggambarkan secara zahir dan batin Islam semuanya adalah terkandung atau disandarkan kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW, kerana hakikat dan dasar - dasar Islam telah diceritakan berdasarkan kehidupan baginda Nabi Muhammad SAW.

       Jika dibahagikan tujuan - tujuan adalah seperti yang berikut :
    1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SAW menerusi kehidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini menunjukkan bahawa baginda adalah pesuruh ALLAH kerana baginda adalah ummiy ( tidak tahu membaca dan menulis )
    2. Supaya manusia dapat menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang unggul dalam setiap gerak geri harian manusia, dan menjadikan dasar - dasar kehidupan yang berasaskan kepada kehidupan Rasulullah SAW. Bertepatan dengan firmanNYA :                                                                                                                                                                           لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
      Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
    3. Agar setiap apa yang digambarkan berdasarkan riwayat kehidupan Nabi Muhammad SAW dapat membantu manusia memahami dan mengecapi isi kandungan al - Qur'an al - Karim.
    4. Supaya manusia dapat mengkaji dan mengumpul sebanyak yang mungkin dari segi kebudayaan dan pengetahuan Islam yang hakiki, yang berkaitan dengan aqidah kepercayaan, hukum hakam dalam Islam dan adab tatasusila.
    5. Nabi Muhammad itu sendiri adalah da'ie pendakwah pendidik yang memberi semangat dan contoh kepada para pendakwah penerus utusan ALLAH berdasarkan apa yang disandarkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

  • SUMBER - SUMBER RUJUKAN
  1. Kitabullah al - Qur'an al - Karim
  2. Kitab as - Sunnah an -  Nabawiyyah ( hadith - hadith )
  3. Kitab - kitab sejarah Rasulullah SAW
*sambungan seterusnya : RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PERMULAAN AGAMA ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM

Muhammad Said Ramadhan Al - Buti