FIQH SIRAH 2 : Adduktur Muhammad Said Ramadhan al - Buti

Sambungan :

RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PERMULAAN AGAMA ISLAM

Sebelum bercakap tentang sejarah hidup Rasulullah SAW, eloklah juga kita menyingkap hikmat - hikmat dan rahsia ALLAH, mengapa terpilihnya Rasulullah, bumi arab dan bangsa arab itu sendiri sebagai pencetus dakwah islamiyyah.

 Untuk mengetahui hikmat dan rahsia tersebut, kita hendaklah maklum berkenaan :

  • keistimewaan bangsa arab
  • perangai tatasusila bangsa arab sebelum islam
  • keadaan bentuk muka bumi tanah arab dan persekitarannya
  • serta, perbandingan dengan bangsa - bangsa yang hidup sezaman dengan Islam
1) Bangsa - bangsa yang hidup di sekitar tanah arab sebelum islamsecara ringkas )

    1.1 Parsi  adalah kuasa besar ketika itu dari segi bermacam - macam agama dan falsafah, pembesar dan pemerintah kesemuanya dari dari kalangan penganut agama Majusi ( Zuradisy (agama yang menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya sendiri, ataupun anak perempuannya, atau adik atau saudara perempuannya ) ) . Sebagai contoh, Panglima Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima telah berkahwin dengan anak perempuannya sendiri.

    1.2 Rome atau Rom satu kuasa dunia yang ketika itu sangat dahagakan kepada perluasan kuasa takluknya, dan bergelut dalam peperangan agama antara pihak Kristian Syam dan Mesir ( Syam ketika ini adalah Syria,jika dahulu adalah Syria, Jordan dan Palestin ). Ia teguh bergantung pada kekuatan bala tenteranya dalam menggapai cita - cita memperluaskan jajahan takluknya serta menyebar luaskan agama Kristian versinya sendiri.

*kedua - dua negara ini ketika itu berada dalam kucar kacir, hidup dalam kemewahan walaupun berada dalam kemerosotan ekonomi, cukai yang terlampau tinggi dikenakan terhadap rakyat jelata.

    1.3 Greek Tua  pula lalai dan terpesona tenggelam dalam khurafat dan dongeng yang tidak memberi faedah kepada tamadunnya. 

    1.4 India menurut Professor Abul Hassan an Nadwi dan pandangan ahli sejarahwan yang lain bersepakat bahawa India ketika itu pada permulaan abad keenam Masihi berada dalam keadaan kemerosotan agama, akhlak dan masyarakat yang tenat. Sama juga terkena kepada jiran - jiran bagi negara sekelilingnya.

2) Semenanjung Arab 

Semenanjung Arab pada ketika itu merupakan kawasan yang jauh terpencil, tenang dan bebas dari kucar kacir negara - negara tadi. Bangsa Arab ketika itu masih lagi terkebelakang, bebas kemewahan dan kemajuan yang boleh menyesatkan mereka. Mereka bangsa Arab juga ketika itu tidak mempunyai bala tentera yang hebat seperti Rom, yang menjadikan mereka bebas untuk menjejak negara - negara sekelilingnya. Mereka juga tidak terpengaruh dengan falsafah dan ideologi yang bermacam - macam jenis seperti Greek Tua.

Firman ALLAH dalam surah al - Baqarah, ayat 198 :

وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ

Maksudnya : dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar - benar termasuk orang - orang yang sesat

Jadi jelaslah, apa yang diterangkan oleh ALLAH SWT dalam KalamNYA bahawa bangsa Arab ketika itu masih berada dalam keadaan yang kosong ( sesat ) ,tabiat semula jadi mereka masih asli ibarat bahan yang mentah belum pernah diusik oleh sesiapa kekal dengan kekesatan mereka sendiri, seperti mereka bangsa Arab membunuh anak perempuan  kerana mahu menjaga kehormatan keluarga mereka dan lain -lain sikap yang tercela.

Maka jelaslah bagaimana keadaan bangsa - bangsa lain sekitar Tanah Arab serta Semenanjung Tanah Arab sendiri.

3) Hikmah pemilihan semenanjung Arab

ALLAH SWT telah mengutuskan seorang Rasul dari kalangan bangsa yang tidak hebat ketika itu, iaitu dari segi falsafah dan ideologi  sebagai contoh. Dalam masyarakat yang tidak celik ilmu atau buta huruf kebanyakkannya. Adalah sebagai bukti kenabian yang membawa wasilah wadah, menghindarkan perasaan syak wasangka kepada manusia sendiri dengan keagungan kuasa ALLAH yang mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang ummiy ( buta huruf tidak boleh membaca dan menulis) . Sebagaimana firmanNYA dalam surah al - Jumu'ah ayat 2 :

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

*Hikmah Ilahi yang lain, adalah seperti berikut :

  1. Seperti yang sedia maklum bahawa Baitul Haram itu merupakan tumpuan dan merupakan rumah ibadat yang pertama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiaya' iaitu  Sayyidina Ibrahim 'Alaihi ssalam. Tepat pada tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan Islam pertama iaitu agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi terakhir Muhammad SAW. 
  2. Dari segi kedudukan geografi Semenanjung Arab adalah berkedudukan ditengah - tengah berbagai bangsa. Ini memudahkan kerja - kerja dakwah islamiyyah untuk berkembang.
  3. Bahasa Arab adalah bahasa pertama yang digunakan dalam kerja dakwah islamiyyah, dan yang utama adalah bahasa yang pertama untuk menerang dan mentafsir kalamullah untuk disampaikan kepada kita.
*sambungan seterusnya : MUHAMMAD SAW NABI YANG TERAKHIR 



Comments

Popular posts from this blog

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKU & HEM

Muhammad Said Ramadhan Al - Buti