AMALAN SUNNAH KETIKA BANGUN DARIPADA TIDUR
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيدة , يا ربَنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك , والصلاة والسلام على سيَدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين , وأسأل الله أن يهدينا سواء صراطه المستقيم
Segala puji bagi ALLAH penguasa pemilik sekalian alam, yang menganugerahkan segala nikmat, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam dan keatas ahli keluarganya dan juga keatas sahabat - sahabat baginda sekalian.
Sebagai peringatan, sunnah Nabi adalah perkara yang disandarkan kepada Nabi kita Muhammad dari segi perkataan, perbuatan, ketetapan dan juga sifat baginda SAW. Sering kita lupai atau kita sendiri tidak mengetahui mengenai amalan sunnah. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mengamalkan amalan sunnah harian ini, kerana sunnah atau hadith itu sandarkan kepada manusia juga,jadi mustahil bagi kita untuk tidak mengamalkannya, moga kejahilan dapat ditukar kepada sinar ilmu, dan dilintaskan niat dalam hati agar ia berubah kepada amalan sunnah.
1. Mengusap wajah dengan tangan apabila tersedar dari tidur
Ini adalah satu perkara yang sering dilupakan oleh manusia, atau manusia sendiri tidak mengetahui bahawa ia adalah suatu sunnah Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam an - Nawai dan al - Hafizh Ibnu Hajar, hal ini dianjurkan untuk diamal berdasarkan hadith Nabi SAW :
فَاسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَلَسَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
" maka Rasulullah SAW sedar dari tidurnya, lalu baginda duduk dan menyapu bekas tidur di muka dengan tangannya "
*hadith sahih Bukhori no.183, Muslim no. 763
2. Berdoa ketika bangun tidur
الحمد لله الذي احيانا بعد مماتنا واليه النشور
" Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupakan kami setelah mematikan kami ( tidur ) dan kepadanya kami akan dibangkitkan kembali "
*hadith sahih, hadith riwayat Bukhori no. 6312
3. Bersiwak atau bersugi
(( كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِسْتَيْقَظَ مِنَ اللَيْلِ يَصُوْشُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ ))
" Nabi SAW jika bangun malam maka akan membersihkan mulutnya dengan bersiwak "
*muttafaqun 'alaih : hadith riwayat al - bukhori no. 245, Muslim no. 255
4. Beristintsar
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيَاشِيمِهِ» }
Daripada Abi Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW berkata : Jika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur maka beristintsarlah tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan telah bermalam di dalam hidungmu.
*muttafaqun 'alaih : hadith riwayat al - bukhori no. 3295, Muslim no. 238
Maksud beristinisar ini ialah memasukkan dan mengeluaarkan air kembaki daripada rongga hidung, seperti dalam wuduk.
Comments
Post a Comment